Friday, August 21, 2015

Kenangan Pulau Redang

Salam and hi.

Bila dah syok-syok berjalan ke satu pulau ke satu pulau. Tiba-tiba teringat the best pulau in my heart iaitu Pulau Redang. Ya Allah, sampai sekarang geng pulau aku yang 5 orang tu asyik terobek je kenangan Pulau Redang. So aku akan cerita dan abadikan kenangan ni dalam selembar belog. Hahaha. Cerita bajet dulu yee. Masa ni semua first timer kot. Tahun 2013. Baru habis STPM, 19 tahun lagi, kanak-kanak riang baru nak up up lagi. Hahaha so amek pekej je masa ni. Tak reti lagi nak main redah redah. Tak pandai compare compare lagi. Asal ada, cun, jalan.

BUS JB KE GANU KITE RETURN : RM 90 SEORANG

PEKEJ REDANG MUTIARA 4H 3M INCLUDE ALL : RM 370 SEORANG

SEWA KERETA PUSING GANU INCLUDE DRIVER : RM 100/5 = RM 20 SEORANG

SHOPPING KEROPOK LEKOR : RM50 UNTUK GUA. 

OLE-OLE : RM 20

TOTAL UP : RM90+370+20+50+50 = RM 550


DAY 1

Haaa, yang aku ingat kami gerak malam dari Johor sebab ke nun ganu jauh dan amek masa 8 jam mcm tu. So, untuk trip kali ni semua geng yang sangat cintakan pulau merangkap kawan form 6 gua, iaitu Sally, Nina, Sepul, Ajik dan aku. Benda ni plan tak lama pon, terus ja jadi. Asalnya dalam 9 orang kot nak ikot, tapi lepas tu hanya tinggal kitorang berlima je. Sampai ke Terminal Kuala Terengganu sekitar jam 5-6 pagi tak silap. Bus mini or kereta-kereta tak kelihatan lagi. Jangan lupa beli siap-siap tiket bus untuk balik ok? So, kami lepak dulu terminal sambil melilau cari makanan. 

Awal pagi beb dah sampai

Sepul di Terminal kahkah pentol


Bila dah pagi nampak banyak dah kereta sewa yang menawarkan khidmat mereka. Kitorang apelagi pilih yang mana berkenan lah. Ada sorg pakcik Alza ni nice gile dah janji nak bawak kami pusing ganu lagi ke tempat mcm masjid kristal, pasar payang dan pulang balik ke terminal bus. Kat sini kena pandai tawar ye, sebab semua org nak untung. Kekadang driver tu tak lebih-lebih pon, kawan driver tu ha sibuk sekaki nak letak harga. Beware gaisss. Lepas dah deal dengan pakcik tu (lupa nama) so kitorang sampai Jeti Merang, dan tinggal nak tunggu feri milik chalet yang kitorang book tu je. Kan include all kannnnn. Senang hidup!

Kawasan jeti pon dah nice weh!
Bila dah sampai tu, macam biasalah check in dulu apa semua, petang tu terus snorkel! Kahkahkah. Dan paling best beb paling best! Harini pergi Taman Laut! Makanan semua dah terhidang weh, omg best gila, Kami semua eksaited. Bilik kami bertentang dengan bilik budak laki. So, konon rasa selamat la kahkah. Hari pertama ni takda apa yang menarik selain snorkeling, pasir putih, ikan banyak, terumbu karang lawa gile babi. MasyaAllah cantik! Malam tu kami lepak tepi pantai layan bulan mengambang dan tido.

Jeti Redang Mutiara




Our Teratak


Taman Laut!


DAY 2

Pagi ni, aku dah bangun seawal 6,30 untuk keluar ke pantai nak cari sunrise. Sempat snap gambar suasana pagi kat pulau ni. Haaaa speechless for a second. Lepastu budak-budak ni dah bangun, join sekali la mandi beramai-ramai kat laut depan bilik. Yang ni pon dah cantik weh. Takya pergi jauh jauh naik boat pon. 

Selamat Pagi Redang!

Jernih gila kan!


Dah habis mandi kitorang mencekik, and then get ready to snorkeling! Masuk hari kedua dah makin seronok untuk snorkel, sebab ada sekumpulan nyah yang join us. Kira dia akan gerak 1 boat dengan kitorang ke tempat snorkel. Hari first mcm sombong-sombong lagi la kira. Masuk second day dah mula tegur-tegur. Dorang pon nice gila dan kelako dan selalu jadi bahan ketawa kitorang kahkahkah. Spot snorkeling kedua mmg best. Tempat tu gila cantik, kalau taman laut warna biru lautnya, yang ini warna hijau. Mmg mabeles. Ada sekali tu aku nampak penyu tengah melintas. Omg best gila. Terumbu karang pon serious cantik cantik, dengan krismes tree warna-warni dalam laut tu. Haih, pakkal ja takda action camera masa ni. Wahaha mampu tengok dan hadam sendiri je. Nah gambar snorkeling hari kedua hakak payung

Me with Pak Busu


Salima jumpa Nemo!

Dah habis snorkel, petang tu jalan-jalan area pantai, main bola tampar. Mmg best. Malas nak cerita, tengok lah gambar ni hahaha. walaupun dah 3 tahun lepas, tetap rasa mcm baru pergi semalam je bila tangan dok menaip ni. Haih rindu.



Sebelah malam ni sangat meriah. Sebab ada BBQ! Yeay! BBQ bakar sendiri dan amek je berapa banyak yang korang nak, semua alat bakar tempat bakar dah disediakan. Fuhhh ohsem fuhh ohsem. Lepas BBQ, siap boleh karoke layan kawan kawan baru kitorang ni berdangdut, Kahkah lawak. Tapi yang paling best bila org pulau panggil kitorang semua, sebab ada penyu nak bertelur! Berlari kitorang semua nak tengok penyu. Nak dekat sampai semua perlahankan langkah, sebab taknak penyu takut. For the first time nampak penyu depan mata yang besar gila tu, siap gua boleh belai belai dia punya cengkerang. Aaaa nangis.

Sally and Nina

Bukti gambar kami jumpa nyunyu :p

DAY 3

Hari ketiga macam biasa, pagi-pagi makan. Lepastu lepak tepi pantai. Lepastu bedal snorkeling lagi. kali ni kitkena ucapkan bye bye dekat nyah tu semua. Sebab dorang dah nak balik, dan kitorang ada baki lagi 1 malam dekat situ. So habiskan masa dengan sebaiknya lah kan! Kitorang snorkeling lagi ke tempat yang sama. Kali ni dengan trip orang lain pulak. Tapi, still jakun dan tak naik-naik. kahkahkah dasar jakun pulau. Lepas snorkeling lagi, lepak makan. Petang tu jalan keliling chalet redang mutiara. Kalau korang ada bajet lebih boleh je dia nak arrange pergi hiking ke apa ke. Kitorang dah malas, dan dah sebati dengan laut laut depan mata ni kahkah. Belah malamnya, just chilling each other je. Sebab malam last, konon nak santai-santai nak berehat. Esok dah nak balik. Sobs sobs.

Last shot for last day T.T


DAY 4

Okay, day 4 ni adalah hari pulang! So kemas semua barang, bagi semua apa kunci. Lepastu sarapan, dan tunggu feri kitorang sampai untuk ke jeti. Bye bye Redang Mutiara!! Seronok sangat 3 malam kat sini weh, Serious seronok dan paling seronok. Hahaha.

Bye bye Redang!

Bila feri dah hantar ke Jeti, kitorang pon call pakcik yang nak bawak kitorang jalan-jalan tu. So sementara tunggu, sempat kitorang beli baju sama pesen konon kenangan Redang lah sangat kan. Kahkah. 20 minit lepastu pakcik datang bawak kitorang jalan ke Pasar Payang, Keropok Lekor Losong, Masjid Kristal dan terus ke Stesen Bas. Sementara nak tunggu bus balik Jb malam nanti, so siang ni kitorang jalan pusing-pusing bandar ganu la pulek.

muka salimah, hahahhahahah

Masjid Kristal

Losong

Bandar Terengganu

Pasar Payang
Okay dah puas jalan, malam nya kami gerak balik. Bye bye Terengganu! Mmg akan ke pulau Terengganu lagi!! Perhentian or Kapas wait for us! Lagi satu nak kata, snorkeling paling terbaik setakat ni adalah Redang. WE MISS YOU SO MUCH REDANG. Thanks for the memori!

Okay bye.