Friday, August 21, 2015

MYR200 and Pulau Pangkor!

Hi and Salam.

Haa, trip ke Pulau Pangkor bajet ciput ni ekceli masa tahun 2014. Masa ni 28 September 2014. Kitorang mmg suka berjalan bulan september. Hahaha, Mungkin sebab before musim tengkujuh. Trip ni adalah trip redah oleh seorang Juita dan seorang Husna. Sebab asyik sibuk dengan esaimen dengan kuiz dengan perangai-perangai manusia, so we decide to lepak lepak tepi laut lihat keindahan. Aaaaaa tenang.

Well, mari cerita bajet dulu.

BUS PUDU-LUMUT RETURN- RM54.20 SEORANG.

VAN PINK RETURN- RM30 /2 = RM 15 SEORANG.

BILIK 2 MALAM- RM100 (NIPAH BAY VILLA)
                              - RM50 (SEAGULL B.V RESORT)
                              - TOTAL RM 150 /2 PERSON = RM 75 SEORANG.

KAYAK- RM20/2 = RM10 SEORANG

MOTOR SEWA+MINYAK= RM50/2 = RM25 SEORANG.

MAKAN- RM 17 SEORANG.

TOTAL UP: 54.20+15+75+10+25+17=RM 196.20

So aku membuahkan pikiran aku, plan ke pangkor dan dipersetujui. So, aku cek rate bilik sini, hmmm quite nice. Masa ni tak reti sangat la nak cari hostel bajet. Cari bilik siap ekon kauuuu. Alamak, sayang betul bajet masa ni. Kahkahkah. Aku lupa aku dok mana, Tapi first night tu 100 tau. Oh, aku duduk Nipah Bay Villa. Mmg sangat selesa dan nice! So untuk 2 people jadinya sorang RM50. Baru first night. Then the other second night kitorang yang cari sendiri bilik dengan jalan kaki. Jumpa satu tempat bajet dengan bilik kontena yang indah siap ada toilet di dalam dengan harga RM50 which is divide by two cuma RM25 je. Nama tempat ni Seagull B.V Resort. So untuk bilik dah habis dalam RM75. Rugi rugi. Masa ni baru belajar dari pengalaman. Aku baru cek tadi, Nipah Bay Villa dekat Booking.com baru RM80! 

DAY 1

Aku dengan husna jumpa dekat KL sentral dan bergerak ke Pudu which is sebelum aku pergi sini, smlmnya aku melilau mencari pudu ni sorang-sorang. Dan dia terletak di Plaza Rakyat ok! NOT IN PUDU STATION. Hahaha nama station tak melambangkan tempat. Susah betul. So keesokan harinya senang la, tinggal kitorang gerak je ke sana. Tiket dah beli smlmnya. So tunggu bus untuk gerak. Amek masa jugaklah naik Plus Liner sebab pakcik driver orgnya sejenis biar lambat asal selamat. Hmmm. Setelah sampai, korang kena beli siap siap tiket balik. Ni kitorang la yang buat, So we decide taknak amek bus yang sama, sebab lambat. So, jalan sikit ke jeti, dekat sangat jeti tu. Dah boleh nampak dah banyak van pink, iaitu pengakutan untuk ke Pangkor. Kitorang naik yang bayar sorang RM5. Pandai-pandai la korang tawar ye, tak pon kongsi dengan orang yang korang tak kenal mcm kitorang buat! Hahaha. Dah cakap nama penginapan, dia akan terus gerak ke sana. Dah sampai kitorang check in, dah check in, kitorang terus mengadap pantai lepak lepak. Memburu sunset! Nah payung

Pangkor pon nice weh

Together

Hahaha happy overload la ni

Chasing the sunset done!

DAY 2

So, hari kedua ni, kitorang bangun awal pagi untuk buat aktiviti pagi yihaaaa. So husna taknak rendam rendam sangat, so aku layankan la dia berkayak. Hmmm tu pon takut kemain. Kayak punya harga macam dinyatakan di atas, sorang RM10 je. So kayak la 1 jam tu sepuasnya. Cuaca pagi tu pon elok sangat, sambil berkayak, sambil posing, Kayak, posing, Kayak, posing, Hmm kayaknya posing aja deh! Hahaha.

Semangat seorang Juita



Lepas berkayak, kitorang decide nak makan. And tempat makan banyak je area depan pantai. Korang boleh je sarapan kedai yang korang suka. And belah petang dah banyak dah kedai bukak. Kalau taknak makan kedai, beli megi makan kat bilik sebab sini banyak kedai runcit. Dan jangan makan dekat bilik punya kedai, mahal nak mampuih. Kalau aku dgn husna makan, pesen kongsi-kongsi. Dah jumpa laut aku mmg tak makan sangat pon ekceli. Hehehe. So, kitorang sewa moto dekat bilik first tu je iaitu Nipah Bay Villa ni. Kitorang amek moto scooter ego beb. Harga dah dinyatakan, Tuang minyak dan pusing satu Pangkor! Wuhuuu.




My passion



Hari kedua ni jugak la kitorang dah checkout sebab nak proceed ke bilik yang lebih murah. Ni la gambar depan bilik murah we olls tu. Selesa okay walaupun murah. Aircond dia bagi, kipas pon dia bagi, power power. Lepas check in, sambung pusing pangkor! Best weh sampai terlupa bab esaimen sekejap. Hahaha. 

Seagull

Jeti Nelayan
Perkampungan Nelayan

Pada belah malamnya, kitorang hanya jalan-jalan tepi pantai sambil dengar bunyi ombak menghempas pantai. Kitorang beli lempeng kelapa, makan sambil duduk atas pasir pantai. Pehh syahdu wa cakap lu. Lepastu jalan cari ole ole untuk diri sendiri dan kawan ukm. Haaa, malam tu kepenatan, dan esok dah kena get ready nak balik. Huwaaaa. Oh ye, kalau nak balik awal kena la bagitau abang van pink tu nak amek korang kat mana ye. Dan dia akan datang on time untuk hantar korang ke stesen bus balik. Rajinkan bertanya ye. Sebab kitorang main terjah je tanya bro bro van pink yang tengah lepak tepi pantai tu. Disebabkan nak gerak awal, so kitorang dah book abang van pink dengan charge RM20 satu van. 

Our ole ole :p

DAY 3

Okay balik, back to routine. Bye bye Pangkor. Walaupun pangkor ni kecik, tetap nice buat gua hadap pantai dia. Sangat disarankan bagi pelajar u yang nak buat short gateway ke kan. hahaha. Sebab pantai dia banyak jugak area yang sunyi dan santai. Tapi boleh dapat lagi murah dari ni tau. Which is dari jeti korang tak payah naik van pink. Terus ja sewa motor area tepi tepi jalan, korang boleh nampak harga sewa motor cuma RM20 je weh. So dah jimat dalam RM60 weh! Untuk bilik, kalau amek RM25 satu malam tu, dah dapat penjimatan berganda dah. Its okay, yang penting enjoy dengan bajet RM200 gua ni. Goodbye Pangkor! We will miss you, now and forever.


Time to say Goodbye la.
Okay bye.