Saturday, September 5, 2015

Backpacker ke Lombok!

Salam and hi!

First of all nak cerita trip bajet redah berani mati ke tempat yang amat ditakuti oleh para gadis dan para ibu bapa serta keluarga belah mertua kerana dikhuatiri bakal menantu dan anak anak dara di bawa lari oleh jejaka lombok. Ye, lombok! Bila kata nak pergi Lombok masih ramai orang rupanya yang tanya "eh tak takut ke. Eh tak takut kena culik ke. Tak takut kena bawak lari ke. Ada apa sana" Aneka soalan. Malas nak layan. 

Okay lets story bajet dulu. Mcm biasa, gua selaku seorang student ukm tahun 3, yang berumur 22 tahun fakulti sains sosial dan kemanusiaan pastinya nak bajet je. 

TIKET FLIGHT - RM200 RETURN
TIKET FERI KAYANGAN KE POTO TANO- 20K SEORANG
BOAT TRANSFER- POTO TANO-KENAWA RETURN - 150K SEORANG
BOAT TRANSFER- KENAWA-3 GILI - 150K SEORANG
BOAT TRANSFER- POTO TANO-4 GILI-PELABUHAN KAYANGAN- 300K SEORANG
TRANSPORT- BUS DAMRI 30K, ENGKEL 25K, OJEK 10K, BIMO 50K - 115K
TIKET MASUK- JOBEN 8K, SENDANG GILE 10K - 18K SEORANG.
TRANSPORT (MINYAK KERETA)- 250K SEORANG.
LAIN-LAIN (SIMCARD) - 50K SEORANG
MAKAN- NO AT ALL. SEBAB MAKAN BAWA SENDIRI DAN MAKAN FREEEE 

TOTAL LOST IN IND RP - 1 053 000 = RM300
TOTAL LOST IN MYR = RM200
TOTAL BURN = MYR 500!


DAY 1

OK MULA! So hari pertama flight kami jam 6.50 pagi. Pagi pagi dah gerak dari rumah, kami happy sebab first time flight dari jb, so mudah untuk ke sana. Sebab selalu dapat rembat promo kat KL je, Mulanya di senai semuanya tak berjalan lancar sebab imigresin sana macam nokharom. Tapi takpa, kami still tabahkan hati. Macam biasa, kat tempat sendiri pon berkejaran flight. Tak ke sedih? Alhamdulillah dapat naik. Muka partner utk trip kali ni iaitu Salimah, Nama lomboknya, Sulimah dan Solimah. Hahah. 



Bila dah sampai, terus pergi luar cari kaunter tiket untuk Damri. Damri ke Lombok Utara. Lepastu beli sim. Disebabkan khayal beli sim, bus first dah tinggalkan kitorang. Bapak sedih. Melepak la dekat BIL sambil posing. Bus bergerak pukul 12.30, skrg baru pukul 10.30. Sighhh.



Sulimah saya hahaha


Dah naik bus, pastikan dah cakap ke driver korang nak ke Masbagik. Masbagik untuk naik engkel ok.

Masbagik 
Ni engkel ok gaissss



 Alert. Dia akan ingatkan kalau dah sampai. So bila dah sampai, akan ada org-org yang akan tanya, nak ke mana nak kemana. So kata nak ke pelabuhan kayangan. Dia sendiri yang akan tahankan engkel untuk korang. Engkel ni mcm lori yang boleh muat 10 orang rasanya. sardin weh. Lepas naik engkel, engkel akan berhentikan korang kat pelabuhan lombok je, pastu ada ojek dah tunggu nak hantar korang ke kayangan. Ojek ni motor, mcm kau tumpang moto orang la kiranya. Ojek ni dia makap, sebab dah bayar kat engkel separuh. Asalnya 5k, So dia caj kami 10k. Layanlah. Sampai kat Kayangan, beli tiket feri 20k je. Feri pertama dah terlepas, sementara tunggu feri kedua kami makan dulu. Agak murah dua orang 20k je hehe dan siap dapat ikan 2 ketul free.




Tunggu feri punya tunggu sekali siren dah bunyi! Berlari woi kitorang ke feri hahaha. oh ye feri ni 24 jam ok di kayangan sebab feri ke poto tano sangat banyak. Pemandangan atas feri, masyaAllah cantik. Boleh cas hp, dan semua orang feri sangat helpful. Tanya je apa nak tanya.

Bawah feri ni utk kenderaan ye

poto tano we go!


poto tano di kejauhan



Sampai poto tano, cari boatman. Alhamdulillah, kami jumpa boatman yang sangat baik hati. Dan disebabkan dia jugaklah, kami dapat keliling lombok dengan bajet yang sangat bajet ah senang cerita. Pak Nur namanya. So aku sarankan better korang nak kenawa guna khidmat dia. Kami dah la perempuan, berdua pulak tu. Dia hanya caj 150k return untuk seorang. Yang aku baca, ada yang kenawa kenakan caj sampai 400-450k 1 boat. Dia siap belikan air galon, dan tolong pasangkan khemah, bawakkan barang. Mmg terbaik Pak Nur ni. Nah nombor Pak Nur +6282247914022. So deal dengan dia esok pagi jam 8 kena pick up kami. So, di kenawa pacak khemah, tengok bintang, makan, tidur!

our teratak for this night

Bulan mengambang penuh weh


DAY 2

Bangun jam 5. Solat. Masak bubur. Makan. Panjat bukit. Sunrise. Photo photo. Tu la pagi kitorang. 

bukit kenawa is a must!

Sunriseeeeeenya 

View atas bukit, cool huh?


Then pukul 7 kemas khemah. Pukul 8, Pak Nur datang. So deal lagi dengan dia nak jalan gili area sini. Ada 8 semuanya. So kami pilih lagi 3. Gili paserang, belang dan ular. 3 lagi gili sorang 150k jeeee. So nah payung


Gili ular

Sini mmg nice nak shoot weh

Gili ular!!


Gili paserang!


Paserang is beautiful!


Gili kambing tapi takda kambing

Kawan jauh patrick star


Gili Belang



Misi cari sirip

our boatman!



Lagi sekali gila datang, nak pulak ke gili kondo. Bila bapak Nur kata dekat dalam 1 jam ke gili kondo dari poto Tano, terus setuju dan tawar menawar untuk harga boat ke sana. Ekceli nak menyeberang sana sangat bahaya dan takda orang buat. Ombak besar woi. Naik feri pon bergoyang kiri kanan. Maksudnya perjalanan kami ni, dari poto tano ke 4 gili iaitu kondo, lampu, bidara dan kapal dan terus ke kayangan. Kerja gila. Hahaha. Sebab suka extreme, layankan je. Mmg efek dia sampai mengucap 2 kalimah syahadah wa cakap lu. Nahhhh

Most beautiful gili kapal!

Gili Kapal


Gili Bidara

Gang!




Dah sampai kayangan, Pak Nur ajak tido rumah dia. Mula-mula mcm ragu-ragu. Tapi dia ni nampak baik je. Kami pon okay je, sebabnya dah petang dan taktau nak tido mana masa tu. Plan asalnya nak gerak ke sengigi dan pacak khemah tepi pantai. Tapi takpa, layankan pak nur ni. Dia kata isteri dia semua ada sana. Jauh bai rumah dia. Naik bemo naik ojek baru sampai. Kau bayang dengan basah dengan tak mandi 2 hari hahaha. So sampai je, kami disambut mesra. Kenal-kenal dengan family pak nur, ada mak mertua dia, adik ipar, bapak mertua. Rumah dekat-dekat. Semua baik, seriously. Tidur tilam beb dengan aman.


DAY 3

Pagi-pagi lagi sebelum keluar kemana mana kitorang dah ikut nenek ke kebun, petik jagung. Ya Allah hijau sungguh. Seriously cantik! Dapat makan jagung bakar weh. Fresh fresh lagi


Nyaman deh!


Solimah si petani


So, disebabkan adik ipar Pak nur ni ada kereta dan tau tempat best sekitar lombok, dia setuju nak bawak kami pusing lombok. Alhamdulillah. Cuma keluarkan duit minyak. 100k sorang. Dapat lah gua berjalan ke Joben. Pantai Pink. dan Tanjung Ringgit. Kalau upah supir, taktau lah berapa dia amek. Mau 1 juta 1 trip agaknya. Seriously keluarga ni baik sangat. Dah la makan free, masak sedap, ada tempat tidur, bawak jalan lagi. Peh tak boleh move on. Alhamdulillah niat baik, jumpa pon orang baik-baik. And kalau dorang ni tawarkan sewa kereta siap driver pon harga masih diterima akal. Perjalanan ke Pantai Pink paling mencabar sebab jalannya yang jelek mmg bergoyang 1 kereta hahah tapi sepanjang jalan dijamu dengan pemandangan pokok kering, ranting-ranting yang sangat unik! So nah payung gambar sepanjang ke tiga tempat ni


Pantai pink!

Tanjung Ringgit is a must!

Fall in loveeeee


Joben!

sate bulayak di Joben!


DAY 4

Sekali lagi jalan Lombok. Cuma kali ni ketengah sikit. Ke area lereng bukit Rinjani. Ke sendang gile. Tokok Putih dan senggigi dan mataram dan balik rumah. Minyak kali ni up sikit sebab agak jauh. 150k seorang. Perjalanan pon agak panjang. Makan jangan cakap la, sarapan kena paksa makan sampai 3 kali. Orang lombok utara ni, jarang orang malaysia datang. So depa mcm betul-betul menyambut tetamu. Sangat baik! Lereng bukit rinjani sangat cantik weh. Boleh buat menangis kalau tak kuat iman. Udara yang sejuk dan dingin. Ah, asyiknya. Cuma jalannya lah boleh mengundang pening pusing pusing sampai muntah. Sediakan apa yang patut ok. Kata driver kami "Jangan Bilang kamu ke Lombok kalau tidak pernah ke Rinjani" Ok kat lereng bukit dah ni. Ok pass. Dah puas jamu mata, kami ke tokok putih atau sungai putih untuk makan bekalan. Sweet gila happy family. So move to sendang gile! Ada 320 anak tangga kau kena hadap. Ingat senang senang? Penat, tapi puas. Sangat puas!

Taman Nasional Gunung Rinjani!

see, rinjani!

Taman nasional rinjani ke kite

Forest
Kali Putih

Tallest waterfall



Dah mandi, balik ikot area senggigi dan mataram. Haaaa tak dinafikan, lombok mmg kaya dengan pantai yang masih indah-indah dan belum tercemar! Alhamdulillah untuk hari ke 4 yang complete! Kami balik kepenatan. Bersiap untuk pulang esoknya. Haaaa sedih.


DAY 5

Bangun 5 pagi. Kemas beg. Makan sarapan. Sebelum balik, nenek dah bagi jagung, bagi kopi untuk ole ole. Gonna miss this family so much! Gerak ke BIL jam 8 dihantar oleh kak Arni pemilik kereta iaitu adik ipar Pak Nur. Sampai jam 9.10 pagi. Beratur panjang kat kastam nak cop passport. haih. Pegawai 2 orang je. Orang berpuluh. Kau rasa? Dinasihatkan datang awal ok biar perjalanannya lancar dan tenang. Alhamdulillah sampai Johor Bahru jam 12.40. Bye Lombok, sampai ketemu lagi. Terima Kasih atas 5 hari yang indah!

bye dokter lombok!

Will miss this family!


Jangan ke Lombok, nanti gak mau pulang! 


**Haaa, nak tanya sila email juitazain@gmail.com ok? Bye.