Thursday, August 20, 2015

MYR200 dan Food Hunting ke Penang!

Salam dan Hi.

Aku ni jenis suka berjalan tapi nak bajet. Bajet tu penting sebab semua org nak benda murah dan berbaloi. Kan? So nak dijadikan cerita kali ni nak bercuti dengan 200 ringgit dan membedal makanan dekat Penang sepuasnya. Food Hunting ke kita? 

So first of all, area yang paling senang diakses dan didiami utk backpacker sudah semestinya Georgetown! Kalau area Balik Pulau, Batu Feringgi or others tu mungkin need a transport like a car. Kami konon-konon backpacker tegar menggunakan fully public transport sepanjang 3 hari 2 malam ni. So ceritanya, aku cek tiket flight menggunakan web air asia go utk pekej flight+bilik. Usha punya usha dapat flight dan bilik utk 2 malam di Georgetown dengan harga RM100 return! Murah ke idok? Hiks. Bilik kami adalah di Kimberly House. Bilik selesa utk 2 org, sebab sorang 1 katil dan siap ada aircond, yang penting backpacker style sebab kena share toilet hehehe.

So mcm biasa gua cerita bajet dulu.

Flight return + Bilik 2 malam : RM100
TBS-KLIA2// KLIA2-TBS : RM20
Transport (Bus) : RM20
Makan-makan : RM60

OVERALL BAJET : 100+20+20+60=RM200!!

DAY 1

Hari pertama, masing-masing cuti dari kelas, so kami telah decide bertemu di KLIA2, pukul 12. So aku yang naik Jet Bus dr Tbs pon hegeh-hegeh baru sampai. Flight kami jam 12.55 dan mengambil masa 55 minit sahaja ke Penang!

Introduce my forever travel buddies, Husna


Bila dah sampai, kami melulu pergi ke luar airport untuk cari bus untuk pergi Georgetown. Dari airport korang boleh naik bus 401E berharga RM2.70 ke Georgetown. Murah kan! So perjalanan hanya ambil masa dalam sejam je, tak la lama sangat pon kalau korang dok borak-borak dalam tu. Disebabkan aku tak paham sangat direction tu, nasib baik kami tak berapa sesat nak cari bilik Kimberley ni. Pastikan sembang dengan driver utk mudahkan korang tau yang korang kena turun kat mana. Gunakan Here map, ada route utk pejalan kaki. Sangat Helpful! Lepas Check in, kami lepak kejap, Dan cari makan! Hari ni kami makan dekat mamak tepi jalan yang jual nasi lemak bungkus beraneka nasi lemak. Jejalan Chowrasta cari mee rebus penang, ada ais tingkap dan kat Penang Road ada cendol chew yang femessss tu! Then, Kapitan, kat jalan Chulia. Lepastu belah malam pekena Sup Hameed. Tiga-tiga ni mmg superb gua cakap lu. Dah penat, balik tido!

sup hameed

kapitan sedappppp
Ais Tingkap dan Rojak!
Cencol chew

DAY 2

Pagi ni hujan, lepastu semua terlajak tido. Kami keluar lambat sikit dalam pukul 9 rasanya. Tang sarapan semua blur nak makan mana. Sekali lagi kami makan Kapitan kahkah sebab sedap gila situ. Dan harini dua-dua cuba menu lain. Dan masih berpuas hati wa cakap lu. Kami gerak ke Batu Feringgi, naik Bus 101, dengan tambang yang mmg murah sekitar RM2.70 jugak. Dah sampai pantai, posing-posing ditiup bayu dan pekena jagung bakar! Sangat recommended! Sedap bak hang sampai makan gilir-gilir berebut 1 jagung. Hahaha.

Happy face to see my pantai

Dah balik dari Batu Feringgi, kami proceed terus ke Bukit Bendera. Nak dikata, bus Rapid Penang adalah paling senang dan mudah utk diakses. Just tengok je dia kemana, dan kalau tak tau mohon google rapid penang ok? Pengalaman bukit Bendera paling best!! Jangan lupa bawak kad pelajar utk diskaun. Yeah untung jadi pelajar ni hoi! Nah, payung



Fall in Love!

Hari kedua ni ada cerita kelako gile. Kami kata kat pakcik bus "Pakcik bus ni pergi persiaran GURNEY ke? Lepastu yang pakcik tu pon kata "PERGI" Aku dengan Husna pon meluru naik. Dah naik, tiba-tiba tengok kenapa route dia lain ek, kenapa mcm tak pernah lalu ek. Hmmm kami diamkan aje sambil borak-borak lagi. Lepastu mcm dah masuk area balik pulau! Hahaha sampai stesen terakhir, sah balik pulau! "PAKCIKKKKKK KAMI NAK PERGI GURNEY LA" Pakcik gelak, lepastu habak "LAAAA, PAKCIK INGAT MASJID NEGERI" Hahaha sumpah lawak. Nasib baik ada bus pukul 8, sebelum gerak naik bus, kitorang sempat singgah pasar malam balik pulau beli makanan. Pengajaran, pronounce GURNEY dan NEGERI biar betul naaaaa. Hahaha!

Hari yang sangat letih tapi seronok, dan merupakan malam terakhir kami di Penang. Malam tu ada hamba Allah iaitu kwn husna yang sudi bawak kami ke Gurney disebabkan kami kesesatan hahaha. Dah la bawakkan, lepastu belanja pasembor dengan cha kueh tiow sekali pulak. Rezeki aihhh rezeki, rezeki sesat! Hahaha. Dah seronok makan, dia hantar kami sampai ke depan Kimberley House. Baik belaka org Kedah ni ye :p

Peberet all the time!

DAY 3

Seawal 8 pagi kami checkout. Bye bye Kimberly House! Pagi tu kami jalan mencari Street Art. Penat berjalan akhirnya jumpa. Pekena ice cream kelapa sedap masa panas-panas mmg heaven wa cakap lu. Fuhhhh. Dan melunaskan hajat terakhir utk pekena mee sotong. Paling ohsem bak hang. Rasa still sama, dan mantap!

miau miau

swing swing ni paling best

Oh ya, lupa nak cerita pasal bus CAT. Bus ni free tau. Area georgetown sahaja. Destinasi terakhir dia adalah ke Jeti. Korang bolek cek CAT rapid ni utk tengok route dia. Sangat menjimatkan dan memudahkan kami yang poket bajet ni.

Tengah tunggu CAT

So kami bertolak ke airport dalam pukul 2 petang, Masing-masig dah barai, ketiduran je dalam bus, sampai la pakcik bus yang mempersilakan kami turun. Haha. Then, Bye bye Penang! We love Penang and the food! Harap dapat kawin dengan org penang. Aminnnn. Yang Ikhlas, gadis johor. Hiks! Akhir kata this is our friendship goals, hahaha jalan kaki sama sama, kepanasan bersama, dan makan sama-sama, duit share sama-sama, sesat sama-sama, tidur dalam bus sama-sama, and this is best moment for us! Thanks for a good day bestfriend!




Utk pertanyaan, juitazain@gmail.com lah ye? Bye!