Tuesday, August 18, 2015

Backpacker to Kota Kinabalu & Kundasang

Salam and Hi.

Kenapa aku tulis belog balik, aku pon terfikir banyak kali. hahaha

Sebab, setiap kali nak travel ke satu tempat selalu perlukan belog orang lain utk belas ehsan buat iti, nak tau berapa bajet berapa kos dan segala tempat best dan worth utk dilawat. Tapi why not lah kan aku pulak yang tayang belog sendiri utk panduan org lain kan. Sound so fishy.

So 1 ogos hingga 5 ogos aku dan rakan rakan pergi la backpacker ke kk. Sound so essay sekolah la pulak. Yang paling kelako aku ajar minah-minah ni jadi backpacker, Walaupun masih ada yang berangkut beg balik kampung sampai 2 3 beg. ok takpa, beginner dimaafkan. Travel kali ni 7 perempuan dan sekuntum lelaki. Semua pelajar ukm sem 4, fakulti sains sosial dan kemanusian. Gitu!

Sempena aku jadi kapten utk travel kali ni, So aku akan cerita satu persatu. 

TIKET RETURN KL-KK Malindo: RM 160. (Lagi murah tanpa insurans which is 130 jeeee)

TBS-KLIA2// KLIA2-TBS : RM 20

TRANSPORT AIRPORT-KK TOWN : RM 5 (Airport bus)

KK- BORNEO GAYA LODGE  (2 malam, female dorm for 7 girls) : 1 night RM27
                                                        (2 malam, utk sekuntum lelaki) : 1 night RM25
                                                        27X2=RM 54 SEORANG.

PEKEJ 3 PULAU (MANUKAN SAPI MAMUTIK) : RM 56 SEORANG

RANAU- HOMESTAY PN MANISAH : RM120 semalam (2 malam dan boleh muat 10 org) 
019-5280597                                                 120X2=240 bahagi 8 = RM 30 SEORANG.

KERETA SEWA- 
AZAM KERETA SEWA   :       RM100 sehari (Kami sewa 2 hari, viva auto penghantaran dan                   019-8509825                            pemulangan free) + minyak RM 100.
                                                200+100=300 bahagi 4 org 1 kereta = RM75 SEORANG.                     

FEE MASUK: RM31.50 RUMAH TERBALIK & 3D STUDIO + DESA DAIRY FARM RM5 + PORING HOT RM3 + WAR MEMORIAL RM 3+ KINABALU PARK RM3.= RM45.50

MAKAN+OLE OLE: BAJET SENDIRI.

So Total up semuanya = 160+20+5+54+56+30+75+45.50=RM445.50.

Pada aku, tak suka total makanan sebab makanan org lain dengan makan kita beza, sebab lain-lain makan. 8 orang makan tempat yang sama pon akan charge beza beza kan? sama jugak mcm ole-ole. Tu terpulang kepada bajet korang eh. Aku tolong kirakan bajet kasar. Dan bajet dikira bermula dari TBS dan sepanjang keberadaan kami di Sabah.


Dah cerita bajet, baru aku nak mula kan perjalanan. Nak dijadikan cerita, kami semua berkumpul di TBS pada 31 Julai sebab ada yang dok utara, selatan dan pantai timur. So, kami amek Jet Bus ke KLIA2, Hanya RM10 one way. Dan malam tu overnight di airport. Dan get ready utk flight jam 10.25 pagi pada 1 Ogos! 
Mangsa trip utk kali ni
So, sesudah sampai, masanya utk berangkat ke bandar KK. Disebabkan aku malas nak amek City bus atau bus luar aku pilih ja bus airport sebab selesa dan senang. Setelah tanya dengan org counter so dia kata dia akan turunkan kami dengan depan Horizon Hotel sebab dekat dengan Jalan Gaya, iaitu tempat aku stay Borneo Gaya Lodge. Bila dah sampai, pakat jalan ramai-ramai cari hostel. 10 minit berjalan akhirnya jumpa. Aku suka area sini sebab dekat dengan kemudahan-kemudahan. Syaratnya, jalan kaki jalan kaki dan jalan!

Nak cari makan? Aku syorkan pagi pagi jalan dekat pasar besar KK, ada mee goreng sedap gila cuma RM1.50 je. Dan berdekatan bilik ada je KFC. Dan kalau malam nak feeling makan tepi laut kena jalan sikit la ke Anjung Desa. Sangat disyorkan untuk anda semua! Dan otw ke sini, ada je je nampak bus bus mini kat depan mall. Cuma mungkin jauh sikit pada yang tak suka berjalan kan. Nak seribu daya, beserta seribu langkah. Ceh.

DAY 2

Walaupun tiba tiba terus ke day 2. Tapi korang semua mesti paham day 2 lah bermula segala aktiviti kan. So day 2 agak menarik bagi aku sebab semua yang di plan berjalan lancar. Pagi-pagi seawal pukul 5 kami dah bangun sebab dekat bawah dah dengar riuh rendah macam pasar! Rupanya hari tu jatuh pada hari ahad dan ada Pasar Ahad Jalan Gaya! Yeay eksaited gua. Pasar tu mmg best dan panjang sangat. Boleh cari makanan, perhiasan, kraftangan, beg, mutiara dan banyak lagi beb.

Me with sekuntum Nu'man.
Kraftangan paling ohsem guna tempurung kelapak.

Dah puas berjalan, pukul 8 jalan kami ramai-ramai ke jeti Jesselton. Jeti ni lah akan ada bot-bot yang akan bawak korang semua ke pulau-pulau. So, boleh masuk pilih kaunter mana-mana dan nilai sendiri mana yang paling ok. Disebabkan kami taknak rushing dan akak kaunter tu menjerit beriye iye panggil kami, kami pon berbesar hati nak amek pekej dia yang berharga RM56 siap safety jacket dan snorkeling mask. 

Jesselton Point
Dan perlu diingatkan, korang kena beli makanan siap-siap sebelum bertolak. Sebab mcm biasa makanan pulau punya harga sangat mahal! Semangkuk tomyam RM12, kau rasa? hahaha. So boat 8.30, dan pergi ke tiga pulau, mamutik, manukan dan sapi dan aktiviti berakhir jam 3. Jangan risau, dia akan bagi time, tempat paling best dia bagi time paling lama, iaitu pulau sapi. For me, kalau nak paling baloi pergi pulau sapi je pon takpa. Sebab pulau yang lainnya ombak kuat dan tak syok nak snorkel. Overall, tiga tiga pulau ni honestly cantik! So lepas balik dari pulau, kami lepak bilik. Malam pekena cendol ngan ABC kat restoran tepi pantai. Ohsem weh!


Pulau Mamutik
Pulau Manukan
Pulau Sapi
DAY 3

So, masuk hari ketiga. Tiba masa meninggalkan bandar KK. Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersiap utk checkout. Tunggu kereta sewa sampai, kami pon gerak menuju ke Kundasang. Guna la GPS ye kalau taknak sesat. Hahaha. So, sepanjang perjalanan kami sempat singgah dua tempat. Rumah terbalik dan Pekan Nabalu. So, sis payung gambar, malas nak cerita banyak. Dan skrg rumah terbalik ada studio 3D, bayar lah lebih kalau nak masuk posing posing ye!

Try Hard For Terbalik

Again Menebalikkan Diri

Try Hard Melompat 
So, dari KK nak ke kundasang hanya ambil masa 2 jam je. Hmm "hanya" bukan sekadar hanya, sebab korang tau lah jalan bengkang bengkok naik viva selama 2 jam, Ya Rabbi pening gua dan seisi keluarga dalam kereta tu. Nasib baik driver kami seorang yang cekal. Terima kasih driver! Tapi apa pon, kami selamat check in dekat homestay di Ranau. Kami tak amek kundasang sebab too pricey dan sejuk banget deh! Tapi homestay kami sangat selesa dan cukup utk 8 org kami. Puas hati! Pada sebelah malam, kami akan makan di kundasang disebabkan nak makan sayap punya pasal. Sayap is like chicken wing la dekat sini dengan harga 1.50 je. Tapi kundasang sgt sejuk malam tu, dengan angin yang melanda. Brrrrrr sejuk.

DAY 4

Harini, secara ringkasnya aku cerita sebab pesen aku nak bagi informasi pesen ringkas padat dan bermanfaat. Hahaha. So, pergi Kinabalu Park, Desa Dairy Farm, Poring Hot Spring. dan War Memorial. Ni tempat yang paling di highlightkan lah kalau korang ke Sabah! Kinabalu Park utk yang suka nature boleh masuk ke botanical garden dan ada macam macam kat sini weh. Serious tak menyesal pergi sini. Dekat Desa Dairy Farm yang ala ala New Zealand dengan lembu hitam putihnya yang cute tu korang boleh borang produk tenusu yang sedap gile, Boleh jugak bagi lembu minum susu, bagi kambing makan, tengok lembu diperah susu. Habis 4 tempat ni, kami pulang kepenatan. Malam tu tido dan terus membuta, Nah, payung gambar.

War Memorial

Feeling New Zealand Kan!

Nyusuin anak lembu

Kinabalu Park

Freezing Kundasang!

Hari kelima, bersiap sedia utk pulang ke airport, dan penyerahan kereta sewa kami lakukan di airport. Alhamdulillah, kami semua baik baik saja masa di Sabah, walaupun berita gempa bumi tak henti henti dekat tv sepanjang bulan puasa. Syukur masih diberi peluang melihat bumi Borneo! Segala bajet dah dikasitau awal awal lagi. So, harap membantu. Walaupun karangan tak berapa panjang nak diolah, janji menepati kehendak soalan. Ye dak? Terima kasih untuk memori Borneo. Kita jumpa di Tawau pulak! 

Kalau nak tanya, juitazain@gmail.com ok? Bye.